MasterPIES Course

News & Resources
Login Status

You are not currently logged in.






» Register
» Lost your Password?
Recent Comments
Who's Online
  • 0 Members.
  • 5 Guests.
Index

Trainer

PENCERAMAH

FAZRUL ISMAIL

Beliau merupakan seorang consultant, coach dan trainer yang mempunyai minat terhadap konsep Systems Thinking. Beberapa modul telah dibangunkan dan diperkenalkan dalam rangka untuk membantu manusia menguruskan hidup jauh lebih holistik dan sistemik. Modul MasterPIES (physical, intellectual, emotional and spiritual capacity) beliau merupakan antara modul yang terbaru, menarik dan telah digunakan dalam banyak program di US dan luar US.

Beliau merupakan graduan dari Universiti Purdue, US dengan Degree Certificate in Chemical Engineering. Selain itu, ia juga berjaya menamatkan kursus intensif bahasa arab daripada Alim International Arabic Learning Center di Kaherah, Mesir

Beliau berjaya menerbitkan dua buah buku di bawah PTS Publications; “Pemikiran Sistemik” dan “Hidup Zero Alasan”. Sekarang beliau aktif dalam menulis dan membangunkan laman web untuk menyebarkan mesej-mesej Islam melalui pendidikan dan latihan. Laman web utama beliau ialah System Thinking Gallery dan MasterPIES.

Kerjaya

  • Trainer, Coach & Consultant di PIES Leadership Centre, Bangi (kini)
  • Pegawai al-Furqaan Foundation, Chicago (California branch)
  • Pengarah Eksekutif, Total Success Resources, Bangi
  • Penolong Pengurus, Quality Expert Sdn Bhd, Shah Alam
  • Pengarah Eksekutif, KERSANI Training Center, Segamat
  • Pereka Laman Web Pendidikan Jarak Jauh Jabatan Veterinar Purdue University, West Lafayette, Indiana
  • Pengkaji Usia Karbon, Jabatan Fizik, Purdue University

Pengalaman dan kajian dalam Pemikiran Sistemik

  • Menulis buku ‘Hidup Zero Alasan’ terbitan PTS (2006)
  • Pembentangan Kertas Kerja ‘Pemikiran Sistemik: Kewajaran dalam Sistem Pendidikan Malaysia’ di USM, Pulau Pinang (2005)
  • Seminar on Systems Thinking di International Islamic University, Gombak (2004)
  • Menulis buku ‘Pemikiran Sistemik’ terbitan PTS Publications & Distributors (2003)
  • Pembentangan Kertas Kerja Kajian ‘Systems Thinking: Our Future’ di Inter-College Undergraduate Research at Butler University, Indianapolis, Indiana
  • Pembentangan Kertas Kerja Kolokium Fikir di Program Pemikiran Sistemik di Al-Azhar University, Kaherah, Mesir (2003)
  • Pembentangan Kertas Kerja bagi Anak Johor di Mesir bertajuk: Antara Bumi Mesir dan US: Satu Analisis (2003)

Aktiviti dan organisasi

  • Presiden Muslim Student Association, Purdue University, West Lafayette, Indiana 2000-2002
  • Presiden Malaysian Islamic Study Group(MISG) USA & Canada 2000-2002
  • Presiden American Top University Student Association 1999
  • Menyertai Seminar Kepimpinan, Purdue University , Indiana
  • Peserta dalam Konvensyen ISNA

Buku dan artikel

  • Pemikiran Sistemik (2003)– diterbitkan di Mesir
  • Pemikiran Sistemik (2004)- diterbitkan di Malaysia oleh PTS Publications & Distributors.
  • Kolumnis Majalah i diterbitkan oleh Karangkraf (2004).
  • Systems Thinking in Action –teknik aplikasi Pemikiran Sistemik
  • Teknik Komunikasi untuk Nuqaba’
  • Mengapa 10? – menerangkan mengapa ada 10 Prinsip dalam Pemikiran Sistemik
  • Amalan Berjaya bagi Lelaki dan Wanita –konsep berjaya yang dinyatakan dalam Surah al-Mukminoon

Beberapa kuliah beliau boleh diikuti di link di bawah ini.