Kalimat at-Tauhid adalah kalimah yang terkandungan dalam asy-Syahadatain. Mengapa ia penting? Mengapa ia mampu membina kekuatan? Jawapannya kerana ia akan membina sifat taqwa – yang bersifat membenarkan dan adil. Sila ikuti pembentangan tajuk ini. Anda akan nampak kerancuan dan kelemahan ideologi-ideologi lain.
Melalui kalimah Syahadah ini, terserlah kebesaran Illahi dan sebagai seorang Muslim yang benar2 percaya, yakin dan Redha pada Allah, insyaAllah akan teguh iman dan menjadi Muslim yang kuat
?eureka hari ini : Pemahaman dua kalimah syahadah juga sebenarnya menuntut seseorang untuk berbakti kepada kedua ibu bapa. kerana apa? kerana ini yang diajarkan oleh rasul dalam Hadithnya yg popular: Dari Abdullah bin Umar r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.
?FB: Syahadah memandu seseorang untuk memandang positive segala ujian yang dihadapi. tidak memandangnya sebagai sesuatu yang besar tetapi juga tidak mengabaikannya. Maka seseorang akan lebih menghargai hidupnya serta menghadapi ujian dengan penuh ketabahan.
?