MasterPIES Course

News & Resources
Login Status

You are not currently logged in.






» Register
» Lost your Password?
Who's Online
  • 0 Members.
  • 5 Guests.
Index
Recent Comments
Blogroll

Mencari ‘Glue’

Published on Monday, August 10, 2009 by

Dalam program MP3 ini, kita tidak akan menyampaikan semua perkara dan perlu diketahui semuanya dalam satu masa. Itu bukan tujuan program MP3 ini. Tujuan MP3 ini ialah untuk mendedahkan peserta dengan pelbagai disiplin ilmu dan memahami konsep asasnya. Selepas itu, si peserta akan mendalaminya. Lebih penting dari itu, peserta dapat tahu teknik ‘fishing’ atau mendekati sumber ‘glue’.

Apakah maksud ‘glue’? Konsep ini ada kaitan dengan firman Allah:

..Bertanyalah kamu kepada orang yang mengetahui, jika kamu tidak mengetahui

Apakah kandungan ayat ini? Kita perlu rapat dan dekat dengan individu ‘yang mengetahui’ setiap masa kerana banyak perkara yang kita tidak tahu dalam kehidupan. Dekat dengan mereka kerana mereka boleh mencadangkan ‘glue’ atau pelekat kepada pelbagai ilmu yang bermanfaat – yang masih tidak melekat kepada kita setakat ini. Individu yang ‘mengetahui’ mempunyai pelbagai ‘glue’ dalam kehidupannya sehingga apabila ‘orang yang berilmu’ ini bertemu dengan sumber ilmu tertentu, ia mudah sahaja ‘terlekat’ dalam dirinya.

Inilah yang ingin kita hidupkan dalam MP3. Apabila anda sudah ada kemahiran mendekati ‘orang berilmu’ ini, anda akan bawa kemahiran berharga ini dalam kehidupan seharian. Anda akan menjadi seorang yang amat produktif.

Apabila kita ingin mendekati orang berilmu,

  • Anda perlu hargai apa-apa sahaja ilmu yang ada, walaupun nampak sedikit
  • Anda tidak merasakan diri sudah tahu semua
  • Anda memang ingin beramal dengan ayat di atas
  • Anda akan makin suka kalau ‘individu yang mengetahui’ itu tahu Quran dan Sunnah serba sedikit

Apakah perkara yang anda perlu laksanakan ketika bertemu ‘orang yang mengetahui’?

  • Soal ‘individu yang mengetahui’ – belajar untuk menyoal soalan. Paling kurang, sapa individu itu dengan ‘apa khabar?’, dan anda akan mendapat ‘glue’ pertama selepas itu jika ‘individu yang mengetahui’ itu dekat dengan al-Quran dan as-Sunnah. Cubalah.
  • Kenalpasti ilmu yang special dalam diri individu tersebut. Cara mudah untuk mengetahuinya ialah dengan anda bertanya pendapatnya tentang sesuatu peristiwa / idea yang menjadi topik menarik bagi anda.
  • Selepas anda nampak ‘glue’ pertama atau kedua, anda boleh tanya terus ‘ada tak cadangan buku atau ilmu yang saya perlu dalami?’
  • Atau ketika anda ada masalah, anda rujuk kepada individu yang ada ‘glue’ tersebut.

Selamat mencari ‘glue’ dengan memulakannya dengan bersama coach dan pembantu trainer anda.

Tags:
5 Responses
  • by Hamidah Abdul Rahman August 14, 2009 at 9:38 am

    setuju sgt. lagipun, setiap org ada kelebihan masing2 and you never know what you can learn from the other person, until you ask about it. cumanya, saya ada masalah selalu takut2 bila berhadapan dgn ‘org2 berilmu’ ni. lagi2 bila dah tahu betapa byknya ilmu yg dia ada.. rasa kerdil diri ini.. ada cadangan tak camane nak overcome the fear?

    ?
    • by omar mokhtar August 14, 2009 at 2:58 pm

      The fear come within ourselves je sbnrnya..sebenarnya dalam menuntut ilmu memang akan membuat silap…bukanlah orang itu berilmu sekiranya dia mengerdilkan org lain yg membuat silap…tapi menegur dan memberi tunujuk ajar itu adalah yg sebenarnya berilmu…juga perlu ingat, sebanyak mana orang berilmu sebenarnya kita byk lagi ilmu Allah taala.. kan kita ada Allah taala maka mengapa perlu takut?…mungkin langkah terbaik adalah terlebih dahulu mendekatkan diri dengan Allah taala. wallahua’lam.

      ?
    • by inda hayati August 14, 2009 at 4:08 pm

      Keberanian (asy-syajaa’h), ketenangan (al-itmi’nan) dan optimisme (at-tafaaul) – 3 perkara hasil daripada keimanan sebenar-benarnya, dan melaksanakan amalan keimanan itu dengan istiqamah.

      Bina S untuk bina PIE (^^)

      Dalam tazkirah “Kandungan Dua Kalimah Syahadah”

      ?
  • by siti izzati zulkafli August 12, 2009 at 4:36 am

    yup, sgt2 bagus utk m’glue’kan diri kpd mereka yg mengetahui, + surplus dlm kefahaman ttg quran n sunnah. kat dunia ni, ramai sahaja manusia tanpa kefahaman ttg quran n sunnah, dan ini mmg xbagus utk m’didik m’sia dgn sebaik2nya. sy pun sedaya upaya, walaupun masih cetek lg ilmu, utk mempersiapkan diri utk jd ‘mereka yg mengetahui, dan memahami quran n hadis’, agar dpt benar2 b’kongsi ilmu yg spatutnya dgn mereka yg mmerlukan.

    ?
  • by Aimie Nadia Othman August 11, 2009 at 6:44 am

    Ya saya bersetuju dgn artikel ini kerana coach sgt membantu dlm menjelaskan konsep2 yang kita sendiri x dapat nak kenal pasti yang mana betul dan mana yang tidak bersesuaian dgn kita.Mereka adalah org yang terlatih,mempunyai banyak experience atau mempunyai sumber ilmu yang lebih banyak daripada kita.So,Mereka akan cuba sebaik mungkin untuk menguraikan permasalahan yang kita hadapi.Selepas itu,adalah tanggungjawab kita untuk mendalami apa yang kita baca,kita dengar dan kita lihat serta menghayati apa bait2 mutiara yang disampaikan oleh individu2 yang special ini.Saya percaya,dengan adanya sesi coaching,kita dpt mengetahui apa kekuatan dan kelemahan diri kita dan mereka akan push kita dari belakang utk mencapai goal kita pada masa akan datang.InsyaAllah.

    ?
Leave your comment:
You must be logged in to post a comment.