Dalam hadith ini, ia menerangkan tentang kejadian manusia serta 4 perkara yang banyak disalahfahami oleh manusia – rezeki, ajal, amal dan menjadi ahli syurga/ neraka. Rezeki dan ajal banyak difikirkan manusia sehingga kekadang manusia tidak menggunakan kekuatan ini untuk meraih lebih amal dan meletakkan diri sebagai ahli syurga. Malah ramai yang berhempas pulas untuk mengumpul harta dan lupa kepada mati – padahal ini ialah asas kepada kelemahan (wahn)
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40
hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi
seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia
menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya,
ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas
dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari
kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak
lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء
الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal
kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).
[Available soon OR for Mp3 Week 1 Subscriber only]
ana just petik komentar dari web hadith40 IIUM..harap bantu clarify semua ni..
——————————
What has been written in Al-Lauhulmahfudz is only known to Allah. It is not revealed to us – we don’t know about our destiny, what our rizq is, where we’ll end up, etc. To us it is ghaib and unknown. The translation of this hadith using the word “overtake” may not give the true meaning if it were to be understood that whatever has been recorded by the angels will be “imposed” on a person’s life. We are simply being told about Ilmu Allah or the ultimate knowledge of Allah. What has been written does not cause us to do what we do. It is not a cause and affect situation, as believed by many Muslims. Many Muslims believe that as it has already been written, therefore this will cause us to do whatever has been written. The truth is even though it has been written and even though we will do it, we will not do it because it has been written. It is actually an association, or a matching. What we are going to do matches the knowledge of Allah, because Allah’s knowledge is ultimate. In other words, what we are going to do matches what has been written. This shows the glory of Allah, the ultimate knowledge of Allah. So we should not have the understanding that things are imposed on us. Otherwise this will nullify the whole concept of iman (faith) and the whole concept of Creation and all other related concepts.
apa yg saya faham utk bahagian yg izzah tanyakan, is that bila seseorang individu, walaupun seluruh hidupnya banyak lakukan amalan2 baik dan dekat dah nak masuk ke syurga, kalau at the moment yg individu itu dimatikan, kalau waktu tu sedang lakukan perkara mungkar, maka akan dimasukkan ke neraka.
jadi kita perlu sentiasa cuba utk lakukan amalan2 baik at all times sebab kita tak tahu bila kita akan dimatikan, and kita berusaha utk dimatikan waktu sedang lakukan amalan kebaikan.
tapi saya pun kurang faham dgn phrase “lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab”…
Bismillah,
Mengikut apa yg saya faham pula, konsepnya begini:
1. setiap amalan akan dihisab dan di beri balasan. that’ mean, walau sekecil zarah pun dosa yg kita lakukan dan Allah takdirkan kita utk di azab, maka kita akan diazab walaupun sebelum ini telah banyak amal soleh yg kita lakukan.
2. semua ahli jannah adalah mereka yg bebas drpd dosa. kalau seseorang itu beriman dan berpeganng kpd tauhid, mmg dia dijanjikan syurga. tetapi dosa2 yg lalu tetap akan dibalas dgn azab dahulu sblm dimasukkn ke syurga.
so, secara general, saya bersetuju dgn pendapat hamidah kecuali satu phrase:
” kalau at the moment yg individu itu dimatikan, kalau waktu tu sedang lakukan perkara mungkar, maka akan dimasukkan ke neraka.” (kalau saya salah dlm interpret ayat ini..harap maaf).
bg pendapat saya pula,
1. kita diazab/dimasukkan syurga bkn kerana perbuatan kita ‘ketika individu itu dimatikan’, tetapi semua dosa dan pahala akan diambill kira sama ada kita di seksa/diberi nikmat.
2. syurga dan neraka adalah perkara ghaib dan kita tidak tahu ttgnya melainkn sedikit sahaja.
kalau Allah nk kita ke syurga, maka situlah tempat kita dan sebaliknya…
wallahu a’lam.
Menjawab kepada soalan Izzah, dan sebagai komen kepada statement Hamidah dan Naqui. Alhamdulillah, Ana telah diberikan bahan bacaan yang mejelaskan perkara ini sejelas-jelasnya.
Dalam hadith ini, Rasul Allah (peace and blessings be upon him) sedang menceritakan tentang seorang yang mengamalkan perlakuan ahli2 syurga selama 70 tahun. Kemudian sebelum sahaja dia meninggal dunia, seperti yang telah dicatatkan kepadanya semasa dia masih lagi dalam bentuk fetus, perangainya berubah. Dia berhenti melakukan perlakuan ahli2 syurga, dan mula melakukan perlakuan ahli2 neraka. Perubahan perlakuannya di saat2 sebelum dia dimatikan itu menyebabkan dia dimasukkan ke dalam neraka.
Seperti yang dinyatakan oleh Hamidah, hadith ini menyatakan bahawa seseorang itu akan diadili berdasarkan pegangannya dan perlakuannya sebelum dia dimatikan.
Diriwayatkan dalam al-bukhari, Rasul Allah (please be upon him) bersabda: “Seseorang itu melakukan amalan ahli2 neraka sedangkan dia adalah antara ahli2 syurga. Dah seseorang itu melakukan amalah ahli2 syurga sedangkan dia adalah antara ahli2 neraka. Sesungguhnya amalan2 ini adalah berdasarkan amalan2 terakhir mereka”
Penulis buku ini memberi komentar bahawa Muslim perlu sentiasa menjaga amalan mereka setiap masa kerana bila2 masa saja hati seseorang boleh berubah.
jawapan kepada soalan Izzah:
Rasul Allah (please and blessings be upon him) bersabda:
“Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
Kita perlu faham bahawa Hadith 4 ini adalah berkaitan dengan penciptaan/kejadian di dalam rahim. Rasul Allah (peace be upon him), dalam hadith ini tidak menyatakan tentang amalan seseorang seumur hidupnya, tetapi rasul Allah (peace be upon him) menyatakan tentang amalan yang telah dicatatkan kepada seseorang itu ketika dia diciptakan (di dalam rahim). Tidak kiralah apa amalan seseorang itu dalam hidupnya, sebelum sahaja dia dimatikan, dia akan melakukan amalan yang telah dicatatkan kepadanya, samada amalan itu baik ataupun buruk.
Hadith ini juga telah menjelaskan tentang konsep al-qadr.
Allahu a’lam.
Resource: Commentary on the forty hadith of al Nawawi by Jamaal al-Din M. Zarabozo
saya yakin hadith ini memang banyak menimbulkan kesilapfahaman. jzkl kepada semua yang memberi pendapat dan komentar. apa yang dinukilkan oleh akh farhan itu penting diberi perhatian. saya cuba menjelaskan sekali lagi.
Sifat Ilmu Allah bukan bersifat memaksa. Ilmu Allah adalah sesuatu yang ‘parallel’ dengan apa yang telah, sedang dan akan berlaku kerana Allah tidak berada dalam dimensi masa.
Hadith ini ingin menjelaskan kehebatan ilmu Allah. Ia tidak bertujuan untuk memaksa kepada kita apa yang kita akan buat , kerana kita dalam dimensi masa. Kita tidak boleh menyamakan kefahaman ilmu pada dimensi kita yang bermasa dengan ilmu Allah tanpa dimensi masa.
Oleh itu apa pengajaran hadith ini? Banyak tetapi antara yang utama
1) jangan benarkan amal kita jadi tidak baik. Kalau tidak baik, cepat-cepat taubat (ini yang dapat kita kawal)
2) Ilmu Allah hebat. Ilmu kita lemah. Jangan persoalkan apa yang Allah buat, tetapi soal apa yang kita buat. Allah Maha Adil untuk memberi peluang kita masuk syurga, dan kerana ilmu Allah Maha Luas, ia tahu siapa akan masuk syurga atau neraka. Kita perlu rendah diri. Jangan persoalkan mengapa ALlah tetapkan orang nie masuk syurga, masuk neraka. Khuatir kita soalkan Allah banyak, diri sendiri tak dipersoalkan baik buruknya. Padahal Allah beri peluang semua masuk syurga – hanya kita yang pilih nak ke mana dengan amalan kita. Maha Adil dan Maha Mengetahui perlu difahami dengan baik.
Disiplinkan cara berfikir dan insha-allah kita nampak kepentingan mengetahui nama Allah Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Bekerjalah seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi (berkaitan dgn rezeki) dan Beribadahlah kamu seolah2 kamu akan mati esok hari (berkaitan dgn mati)
memang rezeki dan mati itu mampu menjadi pendorong untuk berjaya di dunia dan akhirat
Tapi saya kurang faham pada bahagian ini “Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas
dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari
kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak
lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli
syurga lalu dia memasuki syurga.”
boleh akhi fazrul atau sesiapa tolong terangkan.thanks…
Hadis ini mengingatkan saya tentang kepentingan kita berdoa untuk dimatikan ketika melakukan kebaikan.
Doa Rasulullah:
‘Allahumma aslih li diniya’l-ladhi huwa `ismatu amri wa aslih li dunyaya’l-lati fiha ma’ ashi. wa’ j’ ali’ l-mawta rahmatan li min kulli su’in – O’Allah, strengthen and guard my din (religious life) in correctness – that is the best refuge for me. Make me prosperous in this world which is my livelihood. Make death a mercy and escape for me from every evil.’ or words to that effect.”
(dipetik daripada Al-Adab Al-Mufrad by Imam Bukhari)