MasterPIES Course

News & Resources
Login Status

You are not currently logged in.






» Register
» Lost your Password?
Who's Online
  • 0 Members.
  • 5 Guests.
Index
Recent Comments
Blogroll

Hadith 2

Published on Sunday, August 9, 2009 by

Hadith 2 bercerita tentang konsep Islam, Iman dan Ihsan serta as-Saat atau hari kebangkitan. Apabila seseorang memamahami 4 konsep ini dan diamalkan, ia akan membina kefahaman dan lonjakan kepada diri masing-masing.

Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak
pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan
meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan
kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau
mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke
BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah
engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau
percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa
engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:
Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah
Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya
Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:
Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu
berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya
ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat
orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi
pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih
mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu
untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no:
2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah,
no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).

Tags:
3 Responses
  • by Mohd Taufik Ahmad August 11, 2009 at 10:17 am

    panjang ceramah sheikh hamza yusuf tu, heheh.. terima kasih atas sumbangan izzati dan farhan.. byk membantu utk faham hadith ni insha Allah..

    ?
  • by siti izzati zulkafli August 10, 2009 at 4:06 pm

    salam,

    just nak share link nasheed berkaitan hadith ni. sangat2 sedap didengar dan memudahkan utk kita hafaz hadith ini. ada kat youtube tapi cari2 balik xjumpa pula. boleh download dekat 4shared.com. Xifu Algebra: Islam Iman & Ehsan.
    http://www.4shared.com/get/48321756/33ecc3b6/Xifu__Algebra_-_Islam_Iman__Ehsan.html
    (sy xtau link ni b’fungsi ke x)

    ?
  • by farhan wahab August 10, 2009 at 1:35 pm

    salam,
    baru beberapa hari lepas mendengar ceramah syeikh hamza yusuf tentang hadith ni..
    Sowing the Seeds: Action in the Last Days
    http://www.youtube.com/watch?v=LSnNmBrB3XU

    Dlm ceramah ni beliau lebih fokus pada bahagian akhir hadith ni.menurut beliau bahagian ke4 ni agak kurang ditekankan pada pemahaman hadith ini.tentang tanda2 akhir zaman yang mungkin kita sendiri tak sedari..dikaitkan dengan beberapa hadith lain..

    ?
Leave your comment:
You must be logged in to post a comment.