
Ada individu dengan intelek tanpa masa
Ada individu dengan intelek dengan masa
Ada individu tanpa intelek dengan masa
Ada indivdu tanpa intelek tiada masa
Di manakah kita? Apakah kemahiran untuk setiap kategori di atas?
Apabila ada intelek dengan kefahaman dimensi masa, seseorang itu bijak untuk menghargai masa dan as-sa’at (hari akhirat). Moga kita diberi hidayah oleh Allah menguruskan kehidupan dengan perspektif akhirat yang mantap.
Bismillah,
Saya setuju dengan pendapat tersebut.
Pada saya, Intelek ada banyak tahap, tahap yang paling tinggi adalah tahap yang mana dia melihat akhirat sebagai matlamat paling utama. Perkara ini akan mendorong individu tersebut untuk memaksimumkan masa yang ada untuk menjadi bekalan di akhirat kelak. Bukankah Islam itu sempurna? bersesuaian dengan konsep MasterPIES ni, saya melihat hal ini merupakan langkah sangat baik bagi mencapai keseimbangan dan seterusnya menyempurnakan Islam seseorang lalu melahirkan individu yang intelek dalam apa-apa sahaja bidang yang diceburi.
Apabila kita merujuk kepada Surah Al-Asr juga, kita akan mendapati bahawa berpesan kepada kebenaran yang semestinya bermatlamat akhirat akan menjadikan seseorang itu tidak rugi dalam menggunakan masanya. Tapi, Allah tidak membiarkan hambaNya dalam keadaan terkapai-kapai lalu Dia meneruskan ayat seterusnya yang menekankan kepentingan kesabaran apabila seseorang itu menghadapi kesukaran dalam meneruskan Matlamat akhirat dalam kehidupan dalam kata lainnya melakukan amalan seharian yang praktikal.
Justeru, bagi orang yang beriman, Surah Al-Asr akan menambahkan keimanan dengan memanfaatkan masa yang ada menurut apa yang terbaik dalam Islam. Contohnya, dalam sebahagian hadis yang sohih, amalan yang paling utama adalah solat diawal waktu, kemudian berbuat baik kepada ibu bapa..dan banyak lagi hadis tentang susunan prioriti yang Rasulullah ajarkan.
Kesimpulannya, memahami perspektif akhirat mendorong seseorang untuk menggunakan Al-Quran dan Sunnah dalam menyusun hidup dan menggunakan masa dengan terbaik dan penuh intelek. Mungkin ini yang dikatakan individu dengan intelek dengan masa seperi didalam artikel diatas.
wallahua’lam.