MasterPIES Course

News & Resources
Login Status

You are not currently logged in.






» Register
» Lost your Password?
Recent Comments
Who's Online
  • 0 Members.
  • 6 Guests.
Index

10,000 jam untuk berjaya

Published on Thursday, July 23, 2009 by MPA

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana Bill Gates berjaya. Bagaimana Isaac Newton berjaya. Bagaimana Trump berjaya. Bagaimana Irfan Khairi berjaya. Bagaimana Nik Aziz berjaya. Bagaimana Tun Mahathir berjaya.  Bagaimana Syeikh Yusuf Qardhawi berjaya. Mereka berjaya dalam lapangan masing-masing. Saya ada kagum beberapa orang dari senarai ini.  Daniel Levitin memberi komentar berkenaan peraturan 10,000.

Kata Daniel Levitin, pakar neurologi:

The emerging picture from such studies is that ten thousand hours of practice is required to achieve the level of mastery associated with being a world-class expert – in anything. ….Of course, this doesn’t address why some people get more out of their practice session than others do. But no one has yet found a case in which true world-class expertise was accomplished in less time. It seems that it takes the brain this long to assimilate all that it needs to know to achieve true mastery.

Begitulah realiti tentang kejayaan. Samada kejayaan itu berbentuk fizikal, intelek, emosi dan spiritual, peraturan ini diambil kira dalam kita menganalisa pelbagai tokoh. Ini bersesuaian dengan kalam Allah:

13:11 ….Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri….

Untuk berjaya, Allah memberi peraturan tersendiri. Malcolm Gladwell menulis panjang tentang perkara ini. Persoalannya, adakah 10,000 itu hadir secara automatik, nasib atau diusahakan?

10,000 tetap 10,000

Jika kita melihat kejayaan pelbagai tokoh tanpa menyedari fakta 10,000 , kita akan kagum dan merasakan diri tidak layak. Diri tidak cukup bertuah. Diri tidak mampu dan sebagainya. Sememangnya masing-masing boleh berjaya dalam lapangan masing-masing. Tidak sama. Namun kalau kita mahu menjadi sejaya Nabi Muhammad, Bill Gates dan lain-lain, ada dua perspektif dalam melihatnya:

  • Mereka berjaya kerana mendapat peluang dan bertuah. Saya tidak mampu (perspektif pesimis)
  • Mereka berjaya kerana mereka ada peluang. Saya boleh membina peluang tersebut. (optimis)

Pilihlah pada aspek mana yang kita ingin kejayaan. Kalau Bill Gates, selepas menghadapi ‘masalah’ mendapatkan time sharing untuk menggunakan komputer pada waktu siang, belia bangun pada waktu malam (awal pagi) ketika komputer tidak digunakan untuk ke makmal komputer dan menggunakannya. Beliau perlu naik bas untuk ke makmal tersebut, hanya untuk melaksanakan programming!

Jadi peluang untuk membina 10,000 ada di mana-mana. Benarlah Bill Gates lahir 1955 , dan pada zaman remajanya ada komputer. Dan dia tinggal di US, dan ada ibu yang menderma untuk membeli komputer untuk komuniti. Namun kalau peluang itu dibina, sesiapa dapat melaksanakan kejayaan seperti Bill Gates. Tidak semestinya membuat Microsoft baru, tetapi membina kejayaan-kejayaan lain yang terhampar di depan mata kita – jika kita jelas apa tujuan dalam hidup kita.

10,000 bermaksud kesungguhan dan penuh dengan cabaran.

Apabila Mozart, Bill Gates, Langan atau Nabi Muhammad ‘ingin’ mencapai 10,000 jam tersebut, ia membuktikan fokus dan kesungguhan. Ia penuh dengan cabaran. Namun untuk menjadi ‘master’, inilah rahsianya. Bill Gates tidak mampu membina kemahiran programming-nya berseorangan. Beliau terlibat dengan ‘latihan’ yang khas untuk pelajar sekolah menjadi programmer – dihubungkan dengan pakar komputer pada masa itu.

Untuk kita berjaya, kita perlu mengikut sistem latihan. Latihan akan memberi fokus dan tujahan kepada diri kita untuk mencapai 10,000 jam. Tanpa latihan khas, kita mungkin hanya mampu fokus 30 minit atau 1 jam dalam apa yang kita mahu mahir. Tapi dengan mengikuti kelas atau latihan khas, nak tak nak anda perlu menghabiskan masa mungkin 8 jam sehari, 7 hari seminggu. 8x 7 = 56 seminggu bersamaan 2800 jam untuk 50 minggu (setahun). Dalam masa 5 tahun anda boleh jadi expert, berbanding individu bersendirian (hanya 30 minit meluangkan masa untuk belajar sesuatu) yang mengambil masa sehingga 57 tahun untuk expert. Manakah yang akan berjaya dahulu ?

Artikel ini adalah sebahagian daripada konsep kepentingan program MasterPIES 3 yang berlangsung 1 Ogos selama 3 bulan.

No comments currently exist for this post.
Leave your comment:
You must be logged in to post a comment.