
Dalam Surah al-Mutaffifin, Allah berbicara tentang ciri individu yang dicela di dalam jual beli atau ekonomi. Ciri mereka ialah berlebih-lebihan ketika membeli dan mengurangi ukuran ketika berjual. Ia menjelaskan bahawa untuk sesuatu umat maju ke depan, urusan ekonomi perlu dibaiki.
Aspek ekonomi, pendidikan, politik dan sosial amat penting dalam pembinaan sesebuah tamadun. Tamadun yang berjaya di dunia ini akan naik kerana mengamalkan budaya dan amalan yang sesuai dengan apa yang ada dalam Quran walaupun bukan secara keseluruhannya. Makin tinggi budaya amalannya, maka kumpulan itulah yang akan memimpin dunia.
Ini dikomen oleh Quraisy Shihab dalam Tafsir al-Mishbah.
Puasa ialah masa untuk muhasabah dan membaiki nilai ini dalam kehidupan agar dapat dibawa dalam bulan-bulan seterusnya.