MasterPIES Course

News & Resources
Login Status

You are not currently logged in.






» Register
» Lost your Password?
Recent Comments
Who's Online
  • 0 Members.
  • 5 Guests.
Index

Mengapa perlu ‘Connect’?

Published on Wednesday, December 16, 2009 by MPA

connect-to-router-small

  • Happiness is contagious
  • Your future spouse is likely to be your friend’s friend
  • Your friend’s friend’s friends can make you fat – or thin.

Ini ialah antara beberapa perkara hasil kajian saintis Nicholas A Christakis dan James H Fowler. Mereka menulis dalam bukunya ‘Connected’. Ini menjelaskan betapa pentingnya alam sosial dan kepentingan kawan. Rasul menyatakan,

Hadis riwayat Iman At Tarmudzi. Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya setiap kalian adalah cermin bagi saudaranya, Maka, apabila ia melihat noda pada dirinya, hendaklah dibuangnya”.

Dalam riwayat Abu Dawud, hadis tersebut lebih dipertegas bahwa seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain.

3 Degrees of Influence Rule

Dalam kajian ini juga mendapati diri anda akan terpengaruh dan dipengaruhi individu sehingga 3 tahap kawan anda. Inilah kepentingan biah solehah atau persekitaran yang baik dalam kehidupan. Inilah kepentingan networking dalam kehidupan.

Bagaimana menguatkan kemampuan ‘Connect’?

Lantaran membina network atau berhubung ini amat penting, ia menjadi salah satu elemen penting dalam Surah al-Fatihah agar kita ‘connect’ dengan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang agar kita mampu ‘connect’ dengan individu hebat-hebat dalam kehidupan lantas membina perubahan quantum dalam kehidupan. Ia tersimpan dalam ayat Bismillah dan Alhamdulillah dalam surah al-Fatihah. Inilah yang akan membina perubahan dalam diri individu kini , lepas dan akan datang.

Kemampuan mengetahui teknik ‘Connect’ ini amat-amat diperlukan sekarang kerana zaman kini, amat mudah untuk ‘connect’ dengan perkara yang tidak baik atau tidak bermanfaat. Banyak ‘noise’ yang menyebabkan kita ‘connect’ dengan sesuatu yang merendahkan produktiviti kita. Ada individu yang ‘connect’ dengan Facebook lebih daripada ‘connect’ dengan rakan manusia sebenar. Bagaimana mengatasi hal ini? Sudah tentu, ia perlu dirujuk kepada sumber al-QUran dan as-Sunnah untuk menyelesaikan perkara ini.

Semoga kita menjadi individu yang mampu ‘connect’ dengan sesuatu yang bermnafaat dan mampu menjadi lebih sihat, bijak, kaya, berkeyakinan dan beriman. Ya Allah, mudahkanlah!

Artikel ini ialah sebahagian dari tajuk utama yang akan disampaikan dalam program Build Your Legacy yang akan dilaksaksanakan 30-31 Jan 2010 di Kuala Lumpur. Untuk menyertai program latihan 2 hari ini untuk membina kejayaan dalam hidup berasaskan al-Fatihah, sila rujuk di sini http://www.masterpies.com/course/programs-offered/casic-training

Tags:
9 Responses
  • by Alawiyah Ahmad April 7, 2010 at 9:27 pm

    masya ALLAH.nice! connectivity with people leads to trust. connectivity leads to understanding.connectivity leads to efficiency. Like it or not….connection or connectivity is essential not only between muslims but also with non-muslims. The way/tool for connection with non-muslims would be slightly different as it requires a kind of adjustment so that we will be connected with them not only for short term but for long term.Subsequently by having Long connection…insya ALLAH we will able to connect them to ISLAM.

  • by ila faz March 4, 2010 at 1:24 am

    sharing yang bermanfaat dan sangat membantu…semua manusia dan benda hidup saling connect antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan.saling memerlukan untuk memenuhi tanggungjawab masing-masing.sekeliling kita ada 2 benda.yang membawa kebaikan dan keburukan.atas pilihan kita sendiri membuat pilihan yang mana perlu CONNECT 100%,kurangkanCONNECTION atau TAK CONNECT LANGSUNG sebab kita sebagai manusia beragama dapat menilai dan sudah terdidik melalui agama yang mana satu baik dan yang mana satu buruk untuk diri kita,agama,keluarga,orang disekeliling kita dan negara.

  • by husnasamsudin December 20, 2009 at 6:12 pm

    salam..
    alhamdulillah sharing yang sangat bermanfaat..
    pelbagai pendapat mengenai topik ‘connect’ ni.
    mengapa kita perlu connect?
    bagi ana, connection sangat penting dimana ia memudahkan sesuatu urusan , contohnya dalam satu pengurusan sesebuah company , upper level perlu membina connection yang baik dengan lower level, mengapa? supaya bila ukhuwah yang baik terbina pengurusan yang teratur sudah tentu dapat dibentuk , tiada pergaduhan atau salah faham ..
    selain itu , dalam keluarga juga , ayah sebagai ketua keluarga perlu ada connection yang baik dengan ahli keluarga isteri dan anak-anak..
    begitulah juga kaitannya dengan kita sebagai Hamba dan Allah SWT , pencipta kita..
    Jaga hubungan yang baik dengan Allah juga sesama manusia ..

    wallahua’lam..

  • by omar mokhtar December 20, 2009 at 3:02 pm

    salam.. kadang2 perkara yang kita harap dari perhubungan itu tidak seperti yang diharapkan.. disini kesabaran kita diuji dan hubungan dengan Allah adalah yang paling mustahak untuk kita tidak berputus asa kerana kita yakin individu akan diberi balasan pada hari akhirat atau ‘yaumuddeen’ sendiri-sendiri. so do good to others meskipun dibalas dengan keburukan kerana kita yang akan dihisab bukan orang lain.

  • by Syariful Kamal Ahmad December 20, 2009 at 5:46 am

    Alhamdulillah, artikel yang sesuai bagi pemikir2 Islam..
    Pendapat ana berkenaan dengan Surah al-Fatihah dengan ‘connect’ adalah mengenai hubungan kita dengan Maha Sang Pencipta, ALLAH SWT…kita mestilah membina hubungan kita dengan ALLAH kerana itulah tujuan kita diciptakan….
    InsyaALLAH, jika kita berjaya membina ‘connect’ dengan ALLAH SWT, ‘connect’ kita dengan hamba2 ALLAH yang lain akan bertambah mudah…

    -Dari mana kita datang, Untuk apa kita diciptakan, Dan ke mana kita akan pergi-

  • by umarabdaziz December 19, 2009 at 10:36 pm

    salam..
    saya setuju dgn pendapat sahabat2 sekalian.. Tp sebelum ‘connect’, perlulah dikenali siapa subjek terlebih dahulu.. Jika kita lihat Surah Alfatihah, “bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim’, ayat pertama, Allah memperkenalkan dirinya dengan perkenalan yang terbaik, sebagai yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.. Soalnya, mengapa Allah menggunakan gelaran itu? Sessungguhnya Allah Maha mengetahui iwa manusia, yang sgt suka diperlakukan dengan baik (dimurahi dan dikasihi).. Sejahat-jahat manusia pun tidak suka orang melakukan kejahatan ke atasnya….
    Dari situ barulah kita mulakan ‘connection’… bygkan if we make a false connection, even a computer will burns..

  • by raihan mustafa December 18, 2009 at 4:27 am

    Mungkin kita boleh kata, “The Power Of C”. “Connect” sangat penting terutamanya dalam menghubungkan di antara kita sebagai penyampai dan juga penerima(audience). Kalau kita tengok sistem MLM contohnya, networking sangat penting dalam memajukan bisnes itu sendiri. Tapi networking tidak akan berjaya jika they are not being connected by each other.. Betapa hebatnya The Power Of C which I think it also need Certainty and Confidence. Jadi x salah jika saya kata Power Of C ^_^

    Teringat kata Naqibah ana, ada 3 keadaan di mana bila kita sudah melaluinya, barulah kita benar2 kenal sahabat kita:-

    1) Bila travel dengannya
    2) Bila kita makan dengannya
    3) Bila kita tidur dengannya

    Sekadar renungan bersama…

  • by Noraini Anuar December 16, 2009 at 6:57 pm

    ermm…that’s right…
    ‘connect’ yang betul n bersandarkan Al-Quran n as-Sunnah amat2 penting supaya kita sentiasa berada di atas landasan yang tidak terpesong dr segala bentuk ancaman @ pengaruh yang blh merosakkan aqidah, syariah, akhlak dll inshaAllah

  • by nurhasanah.mz December 16, 2009 at 2:05 pm

    smile is also contagious ^^

    touched with this part
    “Lantaran membina network atau berhubung ini amat penting, ia menjadi salah satu elemen penting dalam Surah al-Fatihah agar kita ‘connect’ dengan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang agar kita mampu ‘connect’ dengan individu hebat-hebat dalam kehidupan lantas membina perubahan quantum dalam kehidupan. Ia tersimpan dalam ayat Bismillah dan Alhamdulillah dalam surah al-Fatihah. Inilah yang akan membina perubahan dalam diri individu kini , lepas dan akan datang.”

    wonderful…alhamdulillah. A short and precise piece. Keep it up. Thanks for sharing.

Leave your comment:
You must be logged in to post a comment.