Rasuah PIES

Bagaimana rasuah fizikal ? Bagi duit untuk mendapatkan sesuatu projek.
Bagaimana rasuah intelektual ? Ia diterangkan oleh Ustaz Hasrizal dalam artikelnya Siapa Saya Sebenarnya?
Bagaimana rasuah emosi? Dipuji, dilayan dengan baik dan diberi kata baik padahal kita perlu dinasihati dan dibaiki – dan individu yang memberi rasuah boleh meneruskan agendanya.
Bagaimana rasuah spiritual ? Diajak zikir, padahal pada waktu wajib berdakwah sambil berzikir – agar seseorang itu menyokong sesuatu perkara.

Rasuah ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya secara spesifik pada aspek tertentu untuk memudahkan aspek lain dilaksanakan. Moga Allah beri ilmu ikhlas dan kita diikhlaskan oleh Allah agar mampu tidak berasuah.

This entry was posted in Artikel MasterPIES, Week 10, Week 10 BA, Week 10 MP4. Bookmark the permalink.

7 Responses to Rasuah PIES

  1. raihan suleiman says:

    Saya amat bersetuju dengan penerangan rasuah yang diberikan PIES. Pada khidmat saya manusia yang terlalu sempit fikirannya hanya akan melihat rasuah dari satu perpektif sahaja yang selalu umum dikatakan rasuah politik. Walhal rasuah mampu menyelinap disetiap perbuatan samada baik atau buruk pada pandangan manusia. Apabila hati menyatakan hadiah umpamanya, persoalannya apakah benar ianya hadiah atau sebaliknya? Tahniah PIES kerana melihat “rasuah” dalam ruang lingkup yang lebih besar dan amat mebuka minda.

  2. sofiyah rasin says:

    Merujuk statement berikut:
    Bagaimana rasuah spiritual ? Diajak zikir, padahal pada waktu wajib berdakwah sambil berzikir – agar seseorang itu menyokong sesuatu perkara.

    Pertanyaan saya:

    Saya memahami ada 3 bhg zikir: Zikir lisan, zikir hati, zikir perbuatan
    Mohon pencerahan lebih detail
    Contoh mungkin akan menjelaskan lagi.
    Terima kasih…

    • MPA says:

      Zikir yang dimaksudkan ialah zikir yang menyebabkan seseorang hilang perspektif ketauhidan kepada Allah – iaitu zikir tanpa memahami maksud dan tujuan. Ini akan menyebabkan sesiapa sahaja boleh mengawal atau ‘rasuah’ seseorang.

      Allahu a’lam

    • MPA says:

      Rasuah spiritual ialah apabila diajak berzikir dengan mengucap Subhanallah dengan tasbih padahal waktu itu diperlukan seseorang untuk menegur kemunkaran yang berlaku. Allahu a’lam.

  3. Husna Diyana says:

    bagaimana pula dengan rasuah politik? Segala propaganda yang manis mulut itu semuanya dusta.. :(

  4. omar mokhtar says:

    Yang paling saya tertarik adalah berkenaan dengan rasuah pemikiran..kita memang disuruh berfikir tetapi masih ramai yang takut2 untuk berfikir takut dikata itu ini takut dicaci maki dan sebagainya..namun kebebasan befikir itulah tandanya kita bebas dari rasuah oleh mana-mana pihak pemikir. namun perlu ingat dimana asas pemikiran itu perlu didasarkan. tidak lain dan tidak bukan melalui Al-Quran dan Hadith dan melalui kefahaman yang terbit dari observasi terhadap cara hidup sahabat dan rasulullah yang membawa erti jemaah. dan pemikiran yg menyimpang dari ini adalah pemikiran yg tidak mempunyai dasar yang kukuh kerana tidak diikat pada tali Allah dan Sunnah Rasulullah. Selagi mana sirah Rasulullah dan Sahabat begitu asing pada kita maka selagi itulah kita belum betul-betul hidup seperti mana Allah dan Rasulnya kehendaki. Maka pengajaran yang boleh diambil adalah membaca sebanyak mana sirah Sahabat dan Rasulnya dan tanya diri kita adakah Sunnah tersebut sudah kita lihat didepan mata kita dari sudut akhlak, ekonomi dan sebagainya? jika tidak maka kita ada tugas iaitu untuk membaikinya bermula dari diri kita dan seterusnya menyebarkan kepada orang lain.

    Ini adalah pemikiran saya..dan saya anti-rasuah pemikiran. wallahua’lam

  5. omar mokhtar says:

    sangat bersetuju dengan penerangan tersebut…Moga Allah menghindarkan kita dari sebarang perkara yang besangkut paut dengan rasuah walau dalam apa bentuk sekalipun…Moga Allah mengurniakan kita keikhlasan yang sebenar2nya iAllah.

Leave a Reply