Dalam kesempatan ini, saya ingin berkongsi tentang mencari makna
kehidupan PIES.
Apakah bezanya? Kalau seseorang mencari makna fizikal, maksudnya
dirinya suka kehidupan kalau sesuatu itu memberi makna secara
fizikal. Kalau dapat duit, seronok. Kalau tak dapat, tak seronok.
Kalau makna dari intelek : dapat ilmu, seronok. Kalau tidak,
hidup dianggap tidak bermakna.
Kalau makna dari emosi: dapat jumpa kawan atau bersosial, jiwa
akan seronok. Kalau duduk seorang diri atau tidak berinteraksi,
jiwa akan kelam tanpa makna.
Kalau makna dari spiritual: kalau bertemu dan berinteraksi
dengan Allah, jiwa akan bangun kerana melihat makna sebenar
kehidupan – untuk beribadah kepadanya.
Mana yang bagus? Asas spiritual dengan tanpa mengabaikan aspek
makna PIE. Namun kalau S tidak menjadi asas, jiwa akan sentiasa
silap mencari makna dan akhirnya kita termangu: apa yang
sebenarnya saya cari kerana kelelahan mengejar makna PIE sahaja.
Moga hidup kita makin ceria dengan menjumpai makna dengan
beribadah kepada-Nya. Individu mati S tidak menemui makna dalam
ibadah solat dan kehidupan seharian. Cepat bosan..
“individu mati S tidak menemui makna dalam ibadah solat dan kehidupan seharian. Cepat bosan”
saya rasa ini merupakan sebab utama orang yang mati S tidak nampak keindahan Islam, keindahan hidup itu sendiri. Kalau fikir2 balik, org yg mati S, kumpul duit harta banyak banyak, tapi untuk apa? berhibur siang malam pagi petang tapi untuk apa? balajar pandai pandai, dapat result bagus bagus tapi untuk apa?
hm…
?