Soalan: Saya ada soalan tentang ayat quran 6:122.
This verse menerangkan ttg situasi umat islam yg diberi cahaya oleh Allah
di masa zaman kegelapan yang sgt gelap, iaitu masa zaman Rasulullah.
terjemahan:
“Can he who was dead, and to whom We gave life, and a light by which he can walk among men,
be like him who is in the depths of darkness, from which he can never come out?
Therefore, to those who are without Faith, their own actions seem pleasing.”
a) Saya x phm connection antara bhg yg italicize dgn bhg sblmnye.
Since ada perkataan “Therefore” tu, saya msti nk kne paham connection dia.
Jawapan:Menurut Tafsir al-Mishbah, dalam menerangkan ‘kazalika zuyyina lil kaafirin ..’ maksudnya:
Apakah sama orang yang dihidupkan dengan cahaya dari Allah sehingga ia mampu berjalan dengan baik di kalangan manusia dalam membawa ke arah tujuan hidup yang benar dengan orang yang kegelapan? Sudah tentu tidak sama. Memang mereka (orang yang kegelapan) menganggap diri mereka lebih baik, tetapi demikianlah (therefore) dijadikan indah oleh syaitan bagi orang-orang kafir itu apa yang mereka kerjakan, sebagai akibat rayuan setan yang terus menerus mereka ikuti.
Dalam Tafsir Ibn Katheer, ia juga menerangkan perkara yang sama.
Sebagai orang Islam, dalam memerhati ayat ini, kita kena tengok kita dalam cahaya atau kegelapan pada setiap kehidupan. Apabila gelap tanpa panduan Quran dan Sunnah, ia akan nampak OK padahal ia tidak ok. Inilah yang boleh kita ambil iktibar.
Allahu a’lam
‘apabila gelap tanpa panduan Quran dan sunnah, ia akan nampak ok padahal tidak ok’
?kadang2 saya rasa confuse melihat golongan golongan yang sibuk berclubbing, tapi bila nak ke overseas, sibuk buat kenduri kesyukuran or doa selamat.