Apa maksud asbab ? Ia bermaksud sebab-sebab yang perlu dilaksanakan untuk mencapai sesuatu perkara. Namun tahukah anda maksud asal asbab ialah tali? Apakah asbab yang perlu dilaksanakan untuk memastikan kita berjaya di dunia dan akhirat? Mari kita dalami asbab PIES.
Menurut Islahi dalam kitab tafsir Tadabur-e-Quran, ia menerangkan perkataan asbab dalam ayat 2:166 bermaksud ‘tali’.
Jika kita perhatikan maksud ayat tersebut, ia diterjemahkan sebegini:
[2:166] (Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka.
Tidak nampak jelas istilah ‘tali’ dalam ayat di atas. Namun jika kita merujuk kepada ayat al-Quran yang asal, digunakan istilah ‘wa taqatta’at bihimu al-asbaab’. Menurut tafsir Islahi,
Asbab is the plural of sabab which originally means a rope, but by extension gradually acquired a sense of seeking means of access or nearness. By a still further extension, it also signinifies related aspects and facets of a thing. Thus, for instance, the Quran uses the term asbabu-samawati to mean “the ways and means of reaching the heavens” (Ghafir, 40:37)
Untuk berjaya dalam hidup ini, perlu ada asbab. Namun kebiasaannya, formula asbab ini tidak lengkap. Sebagai contoh,
Untuk berjaya akademik = belajar bersungguh-sungguh = pergi kelas (P) + tanya guru (I) + baca (I) + buat homework (I) + rasa seronok dengan apa yang dipelajari (E) + rasa semangat (E)
Malah kalau ada doa (S), ia dianggap perlu dilaksanakan selepas melaksanakan semua perkara dalam formula di atas. Konsep ini tidak lengkap. Formula yang syumul begini:
Untuk berjaya akademik = tawakal + belajar bersungguh-sungguh = tawakal (S) + doa (S) + pergi kelas (P) + tanya guru (I) + baca (I) + buat homework (I) + rasa seronok dengan apa yang dipelajari (E) + rasa semangat (E)
Manakah aktiviti yang utama? Tawakal dan doa. Apabila seseorang itu tawakal, ia meletakkan ‘trust and reliance’ pada Allah. Apabila seseorang itu percaya (trust) pada Allah, ia akan merujuk dan yakin pada Allah. Kalau ia meletakkan ‘reliance’ kepada Allah, ia akan sanggup menerima apa sahaja keputusan dari apa yang dilaksanakan – termasuklah mengambil tindakan bersungguh-sungguh ketika melaksanakan perkara tersebut dengan melaksanakan elemen PIE. Tidak dinamakan tawakal kalau tidak dibuat elemen PIE. Tidak dianggap berusaha kalau tidak ada tawakal.
Mana mungkin kita yakin belajar itu memberi kesan kalau Allah tidak mengizinkannya. Mana mungkin apa yang kita cakap akan difahami orang lain kecuali dengan izin Allah. Lantas, elemen tawakal ini penting – dan perlu dilaksanakan dengan kefahaman yang baik.
Kelebihan berusaha dengan asbab PIES
Dengan menyekalikan elemen S, kita akan dibantu dan dipandu oleh Allah untuk berjaya di dunia dan akhirat. Kita tidak mudah putus asa. Kita tidak mudah menyerah. Apabila kita menyerah dan tawakal kepada Allah Maha Berkuasa – tidak mungkin kita putus asa padahal Allah sentiasa menjadi inspirasi kita untuk buat sehingga ke penghujungnya. Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik – samada kita layak dan perlu berjaya atau tidak. Jika sudah trust pada Allah, terimalah apa sahaja sebagai bukti reliance. Barulah dinamakan tawakal. Ia akan mewujudkan jiwa yang tenang atas apa jua keputusan dan menstabilkan emosi kita. Kita tidak mudah marah, putus asa atau give up.
[/private_MP3 Week 7]
Jadi sila semak setiap amalan anda. Sudah ada asbab PIES?
tiba tiba saya teringat, kalau wanita itu selalu dikaitkan dengan emotional, tetapi realitinya kaum adam juga ada emosi emosi yang perlu dijaga. Dan emosi itu juga adalah antara elemen2 penting dalam hidup kita.
salam. sangat betul tu akh fazrul.
sy baru dapat momentum balik utk stabilkan semula PIES saya. sebulan lepas rasa bz sungguh, tapi rupanya, bila kita ambil masa bertenang, betulkan niat, tanpa abaikan S kita, semua yang lain, PIE pun ikut naik sekali.
banyak benda yang rasa xtermampu buat dulu rupanya boleh je buat bila betulkan mindset kita.
alhamdulillah..syukur ambil kelas ni. =]
Tawakkal membuka pintu-pintu hati yang melapangkan dada seseorang…Bukankah Kami telah lapangkan dadamu? Dan kami telah hilangkan daripadamu bebanmu, yang memberatkan punggungmu…(Al-Insyirah:1-3)