Aktiviti 5 ialah kuiz yang membawa 500 poin untuk anda. Sila dengar (terutama yang tidak dapat hadir program Week 2 Talk minggu lepas) rakaman minggu lepas untuk mendapat hint dan jawapan. Kemudian, sila berikan jawapan untuk soalan berikut min 100 patah perkataan dengan email kepada info@masterpies.com:
Soalan: Apa beza antara huda, bayyinaat dan al-furqaan dalam ayat 2: 185? Nyatakan 2 kesan apabila seseorang mencapai setiap tahap tersebut.
Talian hayat: anda boleh set up appointment dengan saya atau mana-mana facilitator (setiap kumpulan min of 2 and above) untuk mendapatkan jawapan/ hint soalan ini. Appointment boleh schedule di http://masterpies.genbook.com/
Kuiz ini perlu disiapkan sebelum Aug 20, 2009 11.00 pm Pacific.
Bismillah
Huda bermaksud petunjuk, bayyinat bermaksud penjelasan tentang petunjuk dan furqan bermaksud perrbedaan antara yang haq dan yang batil. Dengan mengikut al-quran, kita amat dekat dengan petunjuk Allah. Petunjuk Allah wajib diikut even sebelum mengetahui hikmah disebaliknya. Once kita dah ikut suruhan Nya, dan kalau Allah nak lebihkan kita, Allah akan beri sedikit ilmu mengenai hikmah disebalik keBijaksanaan Nya dalam mengatur kejadian alam. Dalam ayat quran 2:285, ada sebut tentang ciri2 orang beriman. Salah satunya ialah mereka dengar dan taat. Saya pernah dengar ceramah dari Br. Nouman Ali Khan, ( http://www.youtube.com/watch?v=zujZpMe8wDE ) tentang orang yang mempersoalkan the messenger. Dalam lecture itu pun ad sentuh yang kita tidak perlu tahu hikmah suruhan Allah sebelum mengerjakannya. Jikalau kita beriman, kita akan dengar dan taat tanpa mempertikaikan segala suruhan dan larangan-Nya. Kemudian, furqan. Akh Fazrul ada sentuh yang bukan semua orang mempunyai kekuatan emosi untuk menolak kebatilan walaupun sudah mempunyai ilmu tentang-Nya. Bila sudah capai level furqan, keyakinan terhadap ayat2 Allah tggi, rasa malas, ragu2 semua hilang ble kita berpegang teguh dengan al-quran. Ini kerana, kesan diri terhadap al-quran kuat dan mampu menjadi ejen pendorong kita untuk amar ma’ruf dan nahi mungkar. Nk share satu petikan dari surah Fatir ayat 28, “It is only those who have knowledge among His slave that fear Allah”
Semoga apa yang saya tulis akan menjadi reminder buat diri saya. *ya Allah bantulah kami memanfaatkan ilmu yang kami pelajari,.. ameen*
Huda adalah hidayah utk melaksanakan kebaikan. Bayyinah menekankan kepentingan untuk kita mengetahui hikmah berpuasa, kena tahu apa yang akan kita dapat dengan berpuasa, dan apa yang kita rugi jika tidak melakukannnya dengan sempurna. bila kita mengetahui apa yang kita lakukan, kita akan lebih menghayati dan melakukan sesuatu ibadah. ‘Huda’, hidayah itu perlu untuk kita mula melakukan sesuatu, sebelum kita sendiri mendapat hikmah tersebut, atau dengan kata lain, ‘just do it first, then eventually you’ll understand the reasons behind thing. al-furqaan, iaitu tahap ketiga, melenyapkan kebatilan, hanya betul-betul akan didapati bila kita betul2 melaksanakan ibadah tersebut, dan benar2 menghayati hikmah. bila mendapat al-furqaan, dia akan jelas dengan apa yang perlu dan xperlu dilakukan. dia mampu membezakan yang haq dan yang batil, dan mampu menolak ajakan2 yang membawa kepada dosa.
[maaf jawab kuiz ini lewat. sy dah dgr 2 kali b4 this guna speaker laptop xberapa jelas. rupanya boleh dgr jelas bila pakai headphone je. maaf ye akh fazrul]