Setiap manusia ada kelemahan dan kekuatan. Apabila berada dalam satu organisasi, kekuatan dan kelemahan memberi kesan kepada organisasi. Kekuatan akan memberi lebih potensi untuk berjaya. Kalau kelemahan? Ia juga boleh memberi peluang untuk berjaya, dengan syarat ia diraikan dan dibaiki. Ini berbeza dengan attitude di mana kelemahan dianggap hina dan tidak perlu diraikan. Apabila ia tidak diraikan, peluang untuk membaiki akan menjadi makin lemah.
Sebagai contoh, dalam diri ahli organisasi A, ada yang tidak suka membaca. Kalau diraikan, individu yang membaca boleh memberi tunjuk ajar atau berkongsi bahan bacaannya. Kalau ia tidak diraikan, ia menyebabkan indiividu yang tidak membaca dihina dan rasa rendah diri. Padahal tujuan utama ialah ilmu, bukan aktiviti membaca itu sendiri.
Ia berbalik kepada tujuan atau purpose. Apabila kita fokuskan kepada kekuatan dalam diri individu di peringkat fizikal, intelek dan emosi, ia bertujuan untuk memanfaatkan nikmat sedia ada. Kekadang yang dikejar tak dapat dapat, yang dikendong berciciran. Kekuatan di peringkat fizikal, intelek dan emosi itu perlu dialurkan kepada tujuan kebaikan agar dapat mendekatkan diri kepada Yang Esa.
Apakah kesan kalau kita memfokuskan kepada kelemahan dan cuba membaikinya antara satu sama lain?
Tapi bolehkah kelemahan itu dibiarkan sahaja? Sudah tentu tidak. Namun apabila kekuatan diberi fokus, individu itu akan masuk dalam sistem yang ‘meraikan’. Sistem yang ‘meraikan’ itu akan membina biah solehah atau suasana yang positif. Suasana itu akan mengajar dan ‘memberitahu’ ada kelemahan yang perlu dibaiki.
Apabila individu fokus pada kekuatan:
Apa pendapat anda tentang hal ini?
Allah tidak akan mengurniakan sesuatu kepada manusia tanpa sebarang sebab. Saya faham perkara ini sejak dahulu lagi. Setiap perkara ada tujuannya. Begitu juga kekuatan dan kelemahan kita. Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk sebagai bantuan dan sokongan kepada kita untuk menjadi hambaNya yang baik. Mengutamakan kekuatan diri bererti kita yakin pada Allah dan memanfaatkan kurniaan Allah sebaik-baiknya dan apa cara yang terbaik untuk bersyukur adalah dengan menggunakan kekuatan yang dikurniakan Allah untuk lebih dekat kepadaNya, menegakkan agamaNya, membantu orang lain untuk dekat kepadaNya.
?Dan saya tahu yang seseorang yang berjaya di akhirat merupakan orang yang awalnya sudah berjaya di dunia (PIES), jadi untuk berjaya sepatutnya kelemahan dalam diri kita sudah kita baiki dan ubah kepada kekuatan. Saya dapat lihat perkara ini, apabila diuji selalunya kita akan terasa sukar kerana ujian itu pada kelemahan kita. Allah Maha Kuasa, dengan segala ujian dan dugaan, Allah mahu kita baiki kelemahan kita sedikit demi sedikit supaya kita jadi kuat dalam PIES kita.
Apabila seseorg itu hanya take note akan kekuatan tanpa sedar kelemahan, bpleh bawa kepada sombong dan overconfident. Hanya apabila dgn mengetahui kedua-dua kelemahan dan kekuatan, kakuatan yg sebenar akan muncul kerana seseorg itu akan menggunakan kekuatan yg ada untuk mencapai kejayaan disamping cuba membaiki kelemahan, sentiasa improve diri serta akan timbul rasa rendah diri dan syukur kepada Allah s.w.t.
?FB: Tema hari ni: Bersyukur
?semua orang punyai kelemahan dan kelebihan masing masing, dan itulah keunikan manusia dan kebijaksanaan Allah dalam mencipta kita semua. Tapi bagi saya yang paling menarik adalah kalau kelebihan dan kelemahan manusia dilihat dalam konsep yang lebih besar lagi, contohnya penduduk di Malaysia. Dulu saya selalu cakap, “eh kesian nya makcik yang kena sapu sampah tu, mesti dia penat kerja tu” dan saya melihat makcik itu dengan kekurangan dia dalam pendidikan. Namun begitu, kalau makcik tu tak tolong masyarakat kita bersihkan bandar2 besar, x mungkin bandar kita sebersih itu. Even students yang bijak pandai pun x mampu nak buat pekerjaan mulia yang makcik tu buat. So, kesimpulannya, hidup kita sentiasa dalam MUTUALISM, give and take
?Setiap manusia ada kekuatan dan kelemahan sendiri. Saya setuju yang kita perlu recognize kedua2 perkara ini dalam diri sendiri. Kekuatan dan kelemahan bukanlah dua perkara yang memisahkan peribadi seseorang individu, tetapi kekuatan dan kelemahan ‘complement each other’ dan melengkapkan peribadi seseorang. Sebagai contoh, kelemahan yang ada dalam diri seseorang dapat membantu seseorang itu untuk berusaha lebih untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi dan kekuatan dalam diri seseorang dapat membantu seseorang itu untuk berasa yakin dengan diri sendiri dan bersyukur dengan kekuatan yang telah diberikan Allah. Allahu a’lam.
?apabila face with a challenge dan rasa susah sangat nak berjaya, macam berada di lembah kelemahan dan susah sgt nak mendaki gunung kejayaan, selalu sy gunakan kekuatan2 diri yang lain utk overcome semangat yang hampir patah. ingatkan diri ttg kejayaan2 terdahulu macam, “kalau dulu boleh buat macam ni, tak kan sekarang tak boleh,”
?sy rasa manusia mmg susah nk kenal pasti kelemahan sendiri. kalau org lain tegur, susah nak terima sebab ego dan xdpt terima teguran.
kita lg senang nmpak kelemahan org lain berbanding dgn kelemahan diri sendiri.
mcm sy sendiri, sy rs lg senang ubah diri sendiri drpd usaha utk ubah org lain. susah nk ubah org lain ni. takes time and patience.
oleh itu, kalau kita sedar kelemahan kwn kita, kalau boleh dielakkan tegur depan2 (cakap bersemuka), lebih baik kita terus cuba utk ubahnya secara tidak langsung (indirect).
contoh, daripada kata ‘aku rasa kau kenalah rajin belajar subjek ni kalau nak skor’,
better kata ‘jom kita belajar sama2 utk subject ni, aku ajar kau subjek ni, subjek lg satu tu kau pulak ajar aku, ok?’
sekadar cetusan idea utk dikongsi bersama. =]
?saya pon bersetuju denan artikel dia atas.Saya juga sering menggunakan kelemahan saya untuk berjaya instead of menggunakan kekuatan.Untuk berjaya,kita perlu membaiki dan mengasah kelemahan kita supaya menjadi seperti orang lain ataupon menjadi lebih berjaya dari orang lain.Apabila kita berjaya mengatasi kelemahan kita,ia dapat dijadikan teladan dan titik tolak kepada orang lain.Setiap kekuatan itu datangnya dari Allah,dan kelemahan itu dari kita sendiri.Oleh itu kita perlu berusaha untuk memperbaiki dan ia perlu digilap untuk kelemahan kita itu akan menjadi sesuatu kekuatan kepada kita,kelak.InsyaAllah
?Sangat setuju…kekuatan yang sebenar adalah milik Allah dan yang ada pada makhluknya cuma pinjaman. Disini kita diuji menggunakan kekuatan kita membaiki kelemahan orang lain atau menggunakan kekuatan kita hanya untuk diri sendiri. Adakah kita mahu masuk kekubur juga bersendiri-sendiri? sudah tentu tidak bukan sudah tentu ada amalan yang mahu dibawa bersama iaitu dengan membina kekuatan pada diri orang lain juga dan pada masa yang sama, sama-sama berusaha membuang kelemahan diri. Kita cuma ada dua pilihan memilih untuk mengguna kekuatan atau memilih untuk menyimpannya. Untuk lebih jelas mungkin kita boleh melihat kepada kisah Qarun yg mementingkan diri dalam Al-Quran(28:78,79). wallahua’lam.
?