MasterPIES Course

News & Resources
Login Status

You are not currently logged in.






» Register
» Lost your Password?
Recent Comments
Who's Online
  • 0 Members.
  • 5 Guests.
Index

Modal PIES untuk Menjalankan Bisnes

Published on Thursday, August 13, 2009 by MPA

Apakah goal anda? Kalau anda ingin melaksanakan aktiviti bisnes (P), mencari ilmu (I), membuat kerja amal (E) atau ingin menunaikan semua rukun Islam (S) , anda perlu ada modal. Modal itu bukan sahaja dalam bentuk P, tetapi PIES. Mari kita dalami secara ringkas modal PIES dalam Bisnes.

08-01-17_money8-1jpg

Untuk membuat projek bisnes, berikut dinyatakan beberapa aspek persediaan perlu ada

P – biasanya ia dikaitkan dengan $. Untuk memulakan bisnes, anda perlukan $. Sumbernya? Pelbagai. Ia juga terkait dengan bisnes apa yang anda ingin berikan. Bisnes produk (P) seperti menjual software atau servis (IES) seperti mengajar menggunakan software tersebut? Atau produk yang ada servis seperti jual software dan dalam masa yang sama anda akan beri latihan? Anda perlu pilih.

I – anda perlukan ilmu. Ilmu pelbagai untuk mencapai keuntungan yang diinginkan.Lagi banyak tool yang anda ada, lagi efisien anda dalam kehidupan. Anda perlu cari ‘gadget I’ lebih banyak jika banyak perkara yang anda ingin capai dalam kehidupan. Ramai individu berjaya menyiapkan pelbagai perkara ialah kerana mereka ada ‘gadget I’ yang sesuai digunakan.

E – modal emosi melibatkan keyakinan dan pelbagai kemahiran emosi dalam diri serta bersama pelanggan. Apabila anda melaksanakan bisnes, elemen emosi ini perlu diletak tinggi terutama pada aspek khidmat pelanggan kerana ia akan memastikan bisnes anda terus maju. Jangan lupa ‘deposit E’ yang amat penting untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.

S -  makin dekat dengan Allah, disertai usaha yang baik di peringkat PIE, ia akan memberi kejayaan pada anda. Dosa adalah penghalang untuk rezeki datang dengan lancar. Fahami konsep rezeki, dan apa maksud infaq. Nanti anda akan jelas bahawa bisnes ialah aktiviti mencari rezeki dan membanyakkan infaq.

Jika anda ada banyak modal di atas, anda sudah bersedia untuk berjaya dalam bisnes. Kalau kurang, anda boleh belajar untuk meningkatkannya. Kita akan sama-sama mendalami Gadget PIES pada masa akan datang Insya-Allah.

Tags:
5 Responses
  • by siti izzati zulkafli August 18, 2009 at 5:27 pm

    adakah ini bakal dibincangkan dgn lebih lanjut dlm weekly talk/ masterPIES ini? sy suka je tajuk ni. =]

    • by MPA August 19, 2009 at 12:39 am

      ia akan dibincangkan hanya dengan kumpulan yang participate aktiviti 4(a)

  • by mohd aiman abdul jallil August 13, 2009 at 12:37 pm

    aiman jallil likes this…hehe

    • by omar mokhtar August 13, 2009 at 7:20 pm

      omar’s too likes this…aiman jalil nak jadi omar dan naqiuddin punya biz partner?

      • by omar mokhtar August 14, 2009 at 4:44 am

        typo error disitu *omar also likes this

Leave your comment:
You must be logged in to post a comment.